Want your
own Fotopage?






 
Husni's FotoPage

By: husni othman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Monday, 4-Aug-2008 18:18 Email | Share | | Bookmark
Hani n Penguin :)

Tak takut dah.
 
 
 
 
 
 
 
Ada apa pulak kt tgn ni
View all 15 photos...
Nila gelagat Hani dgn penguinnye..Hani mula2 tu takut nak main ngan penguin ni sbb dia bole bergerak ..tapi bila Hani tgk kami rilek ja, dia pun jd tak takut..pastu suka sgt main kertas..jd bagila buku Argos buat Hani main. Free ja buku tu. Jadi tak kisah sgtla kalau kena koyak






Care to comment?


Sunday, 3-Aug-2008 03:30 Email | Share | | Bookmark
Kelas Kek Span dan Keropok Lekor

 
 
 
ok ye puan2..kita masukkan gula castor
Tok guru kek span dan tok guru kropok lekor
Siap utk dibakar
View all 18 photos...
Hari ni syok sangat sebab dapat belajar buat kek span ngan keropok lekor Hani dok umah ngan abah dia...jd bolela concentrate sikit belajar buat kek n kopok lekor. Aktiviti memasak mula dgn proses ikan dulu berselang seli dgn belajar buat kek.Terima kasih ye Kak Nor sbb sudi ajarkan buat keropok lekor dan Kak Niza sbb sudi ajarkan buat kek span dan hias kek Kelas memasak ni buat kat umah Kak Nor...mmg meriah sungguh.. pukul 8 lebih baru semua start balik...setelah meninggalkan anak kat umah masing2. Masa belajar buat kek, Husni belajar satu istilah baru..istilah kaupbalik..rupanya bukan bole kacau ikut suka..kena kaupbalik adunan tu..bukannya kacau..rasanya sapa yg rajin buat kek tahu kot istilah tu. Keropok lekor tu pulak goreng kat umah masing2..rebus ja kat umah kak Nor. Malam tu kami makan kek ngan keropok lekorla..lama dah tak makan..lain kali bole buat lagi

p/s: Sebahagian gambar dlm fp ni hasil sumbangan Fara..thanks ye Fara.








Care to comment?


Saturday, 2-Aug-2008 15:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Birthday dan Doa Selamat Kat Umah Kak Abid

 
 
Tuan rumah
View all 21 photos...
Happy Birthday to Afaf and Muhammad Rashid Ridha. Majlis kali ni khas bagi meraikan ulangtahun kelahiran anak abg Firhat dan kak Abid. Pukul 3 petang semakin ramai tetamu yg datang..kak Abid buat Lontong hari ni. Bestnye ..pastu siap ada pisang goreng lagi. Rakan2 Masleics yg lain pun bawa mcm2 juadah..penuh meja. Kali ni ustazah Jamilah tak dapat hadir..jd kaum lelaki jela ada usrah yg disampaikan oleh ustaz Nisar. Oh ye baru teringat..kak Abid jamu air sarsi..tu yg bertambah best ..bawa khas dari Malaysia. Kat sini setakat ni tak jumpala pulak kedai jual air sarsi.








Care to comment?


Saturday, 26-Jul-2008 19:00 Email | Share | | Bookmark
Part II - Dovedale dan Ilam Park (Derbyshire)

Pemandangan di Dovedale
 
 
View all 30 photos...
Selepas jalan2 di Chatsworth, seterusnya kami ke Dovedale dan Ilam Park. Memandangkan bekalan makanan ada lagi, jadi kami picnic pulak dekat Ilam Park. Pemandangan kat sini pun menarik sungguh. Lebih kurang pukul 8 malam, kami semua bertolak balik ke Leicester. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan balik tiada apa2 masalah, semua family tiba ke destinasi masing2 dgn selamat Alhamdulillah.






Care to comment?


Saturday, 26-Jul-2008 13:00 Email | Share | | Bookmark
Gambar2 Hani Sepanjang di Chatsworth, Dovedale dan Ilam Park

 
Dah siap2 nak picnic ke?
Air apa ni?
View all 15 photos...
Nila beberapa gambar Hani yg sempat ditangkap sepanjang berada di Chatsworth, Dovedale dan Ilam Park. Susah sungguh nak pandang camera.


Care to comment?


Saturday, 26-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Bunga, Sayuran dan Pokok Buah-buahan di Chatsworth,Peak District

 
 
 
View all 18 photos...
Inilah beberapa gambar bunga, sayuran dan pokok buah sepangjang berada di Chatsworth. Pokok buah dan sayur-sayuran ni ada dalam Kitchen Garden kt Chatsworth. Kalau bole tanam pokok2 ni kat belakang umah syokla ye Macam2 ada.


Care to comment?


Saturday, 26-Jul-2008 10:00 Email | Share | | Bookmark
Jalan2 Hujung Minggu

 
 
 
View all 47 photos...
Hari ini kami bersama lagi tiga family (family Kak Su, family abg Husni & Kak Niza, Ustaz Nisar & Aini) melawat Chatsworth kt Derbyshire. Sampai lebih kurang pukul 12 tghari lebih2 sikit Alhamdulillah takda apa2 masalah sepanjang perjalanan ke sini. Kami melawat The Garden, dekat Chatsworth...taman yg katanya antara yg terfamous di UK. Husni melawat The Garden je sbb kalau nak masuk istana, lain pulak bayarannya. Dalam The Garden ni ada mcm2 lagi garden, cthnya Rock Garden, Kitchen Garden dll. Pemandangan kat sini memang menarik..macam dalam lukisan Mula2 sampai, kami picnic dulu memandangkan semua dah lapar. Macam2 makanan ada, nasi lemak, sambal tumis sotong kering, ayam masak merah, bihun goreng, sandwich, rojak dll. Kami picnic dkt dgn pokok jd redupla sikit. Tapi mat saleh, depa lain sikit..siap cari tempat lapang sbb nak berjemur. Selesai makan, operasi meronda pun dimulakan..hehehe..cuaca pun alhamdulillah sgtla ok. Masa masuk dalam Maze kat dalam taman ni..nasib baik sekejap ja jumpa jalan keluar..ada budak kecik mat saleh siap bagi arahan..ntah dah berapa kali dia ronda kt dalam Maze ni Besar sungguh sebenarnya kawasan The Garden ni..mmg tak larat kalau nak jln semua tempat. Lepas abis ronda2 kami singgah sat kat kedai survenior..beli apa2 yg patut. Lebih kurang pukul 6 petang kami bertolak pula ke Dovedale dan Ilam Park. Perjalanan diteruskan.






lawanya husni tempat nie....area west midlands ka?
Sat 2-Aug-2008 11:23
Posted by:yatie
Yati, tempat ni kt Chatsworth, Derbyshire...mmg cantik tmpt dia..ni website dia..ada peluang hg pi la http://www.chatsworth.org/
Sat 2-Aug-2008 18:41
Posted by:husni
Add comment


Saturday, 19-Jul-2008 08:00 Email | Share | | Bookmark
Masleics Family Day 2008

 
 
 
View all 67 photos...
Alhamdulillah, Family Day Masleics kali ini berjalan lancar walaupun sekali sekala hujan dan angin kuat datang menyerang. Masa mula2 sampai kat Rutland Water, hujan baru je berenti. Lepas tu masing2 keluarkan bekalan makanan utk sarapan pagi...memang banyak sungguh makanan..penuh meja, tu tak keluarkan lagi makanan utk tghari. Aktiviti barbeku pun baru nak start. Ayam ada, daging ada dll. Selesai sarapan bermulala acara sukaneka kanak2. Ada mcm2 acara, antaranya bawa bola golf dgn sudu, mewarna, rebut gula2, pass getah guna straw, isi air dlm botol dll. Yang pastinya semua peserta dapat hadiah. Bagi kaum lelaki pula ada acara cari cepat, manakala wanita pula ada acara kupas kulit epal. Acara tekateki pulak khas utk family. Tgh dok seronok2 masa family day ni adalah dua tiga kali tiba2 hujan turun..angin pun kuat Nasib baik takda periuk, pinggan mangkuk yg terbang. Masing2 lari masuk bawah khemah yg sblm tu jd tempat lapik duduk kami semua. Secara automatik tempat lapik duduk jd khemah dan tiang2nya orang Masleicsla Hani punyala suka duduk bwh khemah ni..dia ingat kita nak main2 ngan dia. Nasib baikla masa nak last2 tu cuaca ok balik..sempatla selesai acara bagi hadiah. Budak2 bukan main seronok sbb dapat hadiah. Lebih kurang pukul 5 lebih kami semua siap2 nak balik. Sampai je kat umah mmg penat sungguh, pastu badan tiba2 jd panas. Sbnrnya masa hari Jumaat dah sakit tekak ngan selsema. Jd bila masa Family Day td kena angin kuat tu yg balik terus demam Bila upload gmbr2 dlm fotopages ni baru terperasan takda gmbr kami tiga beranak. Agaknya sbb Pengarah Projek (Pian) sibuk sgt kot, smpai tak sempat nak bergambar? Ingat lagi masa tahun lepas, waktu family day...kami baru je sebulan sampai UK..sekejap je masa berjalan. Oklah jumpa lg di Family Day tahun hadapan. Insya-Allah.

p/s Ada beberapa keping gmbar yg nak last tu atas sumbangan rakan2 kt sini. Terima kasih bnyk2 Pastu, saja ja letak gambar Hani masa family day tahun lepas. Tahun lepas Hani asyik tido ja. Tahun ni duduk tak diam, maklumla dah cekap jalan.





















wooo..beshnyee...takdak rezqi la nak pi..huhu
Sat 26-Jul-2008 10:24
Posted by:budyl
Add comment


Sunday, 13-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Tahniah Feeda!

 
 
Hani main timun
View all 10 photos...
Kali ni kami dijemput ke rumah Feeda sempena meraikan kejayaan beliau yg dah selesai viva dgn minor correction. Tahniah Feeda! Tetamu2 lain yg datang ialah Prof. Hassan n family, Dr. John, Hanan n husband dan Mohammad n wife. Ramy dan Allen tak dapat dtg sbb takda kt Leicester time ni. Buat pertama kali juga sbnrnya jumpa dgn family supervisor Husni...wife dan anak2 Prof. Hassan baik dan peramah. Feeda masak banyak sungguh makanan harini..org Arab tak makan pedas ye...makanan diorang semua masam2 tapi sedapla jgk. Pencuci mulut pulak manis sungguh. Kalau ada penyakit kencing manis tak digalakkan makan ye Satu lg yg pelik..diorang ni pakai kasut dlm umah...ingatkan nak bukak kasut..tapi tuan rumah sendiri kata takyah buka so pakaila kasut..macam mat salehla pulak. Kali ni kami tak duduk lama kt umah Feeda sbb nak masuk waktu Isyak, semua dah pakat2 nak balik. Feeda sempat bungkuskan makanan utk kami semua lg tu..maklumla dia masak banyak sungguh sampai tak larat nak makan. Syoknya Feeda dah abis PhD. Bolehla balik ke Jordan jumpa sanak saudara dan celebrate kt sana pula.




Nice picture
Dapatkan pakej fotografi perkahwinan
dengan harga berpatutan di www.sfawani.com!


more editing and
update at >
http://sfawani.fotopages.com
www.sfawani.com
Wed 16-Jul-2008 09:10
Posted by:shukri sfawani sfawani@hotmail.com
Add comment


Saturday, 12-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Doa Selamat Kt Umah Farah

 
 
 
View all 21 photos...
Hujung minggu ni masih ada aktiviti makan2...hehehhe...kali ni majlis doa selamat, buat dekat umah Farah dan Farid pulak. Majlis ni majlis bersama dgn Aini dan Ustaz Nisar. Menu utama harini mee bandung dan cucur udang (makan dgn kuah kacang) nyum..nyum.
Tetamunya macam biasala..org2 yg sama mcm sblm ni... Majlis kali ni dimulakan dengan usrah drpd Milah...bersemangat sungguh Milah bg usrah...bagus2, boleh kongsi ilmu dgn kami semua kt sini. Lepas usrah..seterusnya upacara menjamu selerala dan sembang2. Hani pun tak duduk diam..aktif sungguh..nak berjalan ja, kalau duduk atas riba pun sekejap ja.


Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.